Mengenekahkan Isu Keganasan Komuniti Palestin di Israel adalah Satu Dasar untuk Pemindahan

Mengenekahkan Isu Keganasan Komuniti Palestin di Israel adalah Satu Dasar untuk Pemindahan

Mengenekahkan Isu Keganasan Komuniti Palestin di Israel adalah Satu Dasar untuk Pemindahan

Dr. Mohammad Makram Balawi

Ketua Pengarah LP4Q

Masyarakat Palestin yang kini tinggal dalam negara yang lebih dikenali di serata dunia sebagai Israel, telah menghadapi satu jenayah keji di Nazareth yang mengorbankan lima orang yang tidak bersalah, termasuk kanak-kanak pada 8 Jun yang lalu. Malangnya, ini bukan kali pertama trajedi jenayah yang dirancang dan juga melibatkan keluarga dari nama-nama yang terkenal. Malah, pada hakikatnya jenayah sebegini berlaku hampir setiap hari dalam komuniti Palestin Israel, yang membuatkan kita bertanya mengapa kadar jenayah begitu tinggi dan siapa yang mendapat manfaat daripadanya.

Menurut laporan terkini oleh Pusat Informasi Palestin, dalam bulan Jun sahaja, terdapat 25 pembunuhan dalam komuniti Palestin Israel yang telah melibatkan dua wanita dan seorang kanak-kanak. Pada ketika ini, jumlah keseluruhan mangsa seperti ini sejak awal tahun 2023 telah merangkumi sebanyak  97 menjelang akhir Jun, termasuk 11 wanita dan 10 kanak-kanak. Statistik ini jauh lebih tinggi daripada kadar jenayah di Jordan, di Tepi Barat yang diduduki, dan Jalur Gaza yang terkepung, walaupun selepas mengambil kira perbezaan populasi.

Apa yang lebih memburukkan keadaan ialah, polis Israel dilihat seakan-akan bersubahat dalam jenayah ini kerana mereka telah melepaskan banyak suspek selepas penangkapan, dengan alasan mereka menerima arahan untuk berbuat demikian daripada pihak atasan dalam kerajaan Israel, atau bahawa komuniti Palestin enggan bekerjasama dengan polis. Ini merupakan satu alasan yang sama sekali tidak benar kerana komuniti Palestin sememangnya bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyelesaikan hal ini. 

Dapat dilihat dengan jelas bahawa kerajaan Israel telah bertindak seperti ingin memanjangkan isu jenayah ini daripada menghentikannya. Dalam keadaan yang membimbangkan ini, warga Palestin pula tidak dibenarkan memiliki senjata untuk mempertahankan diri manakala bagi kumpulan pejenayah, mereka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendapatkan senjata dan pembiayaan untuk mendapatkan sumber senjata dari pihak tentera dan juga polis Israel. TalabSane MK menjelaskan dalam temu bual TV bahawa, "Statistik rasmi menunjukkan bahawa 60 peratus pembunuhan [di Israel] dilakukan dalam komuniti Arab [Palestin], yang membentuk hanya 20 peratus daripada masyarakat Israel; yang bermaksud pembunuhan dalam komuniti Arab tiga kali lebih banyak daripada komuniti Yahudi. Mereka juga mendedahkan bahawa lebih daripada 80 peratus pembunuhan ini dilakukan dengan senjata api, dan 90 peratus senjata api yang digunakan dalam jenayah ini datang dari depo senjata tentera dan polis Israel."

Sukar untuk dipercayai bahawa negara penjajahan ini tidak dapat mengenal pasti pelaku jenayah ini, terutamanya kerana senjata yang digunakan dalam jenayah ini datang dari sumber tentera Israel.

Dalam sesi penilaian terkini, Komisioner Jeneral Polis Israel, Yaakov Shabtai, mengakui bahawa kebanyakan yang bertanggungjawab atas jenayah ini adalah ejen-ejen yang bekerjasama dengan Shin Bet, agensi keselamatan dalaman Israel. Menurut Almog Cohen MK, pihak berkuasa keselamatan Israel membenarkan pemilikan dan pengedaran dadah oleh mereka yang menjalankan pengintipan terhadap warganegara Arab dan menyediakan maklumat keselamatan kepada Shin Bet.

Jadi, pihak polis dapat dilihat agak terikat dalam menangani jenayah ini mereka menikmati satu jenis imuniti, walaupun Shabtai sendiri, dalam rakaman perbualan yang tersebar, memberitahu Menteri Keselamatan Nasional dari kanan jauh, Itamar Ben-Gvir, bahawa mereka [orang Palestin] bersifat ganas: "Tiada apa yang kita boleh lakukan," katanya. "Mereka membunuh satu sama lain. Itu sifat mereka. Itulah mentaliti orang Arab."

Oleh itu, realiti keaadan ini telah mendorong warga Palestin untuk bertindak dengan beberapa cara yang dilihat sesuai dalam menghadapi pihak berkuasa negara penjajah ini. Pertama, mereka mungkin didorong untuk membentuk kumpulan bersenjata untuk menghadapi kumpulan jenayah tersebut, yang akan membawa kepada pertempuran dalam komuniti Palestin, dan dengan cara ini — dari perspektif Israel — "musuh dalam" akan dilumpuhkan. Kedua, Palestin boleh menuntut campur tangan Shin Bet untuk mengawasi penyiasatan pembunuhan. Sementara Shin Bet dapat mendedahkan apa-apa serangan yang dilakukan terhadap orang Yahudi Israel dalam masa beberapa jam, polis Israel tidak dapat menghentikan pembunuhan ini terhadap komuniti Palestin; keterlibatan Shin Bet akan memberikan kerajaan Israel lebih banyak kawalan ke atas kehidupan Palestin, dan mengurangkan status mereka secara praktikal kepada yang sama seperti orang Palestin di Tepi Barat yang diduduki.

Pilihan ketiga adalah menjadikan kehidupan warga Palestin sangat susah sehingga mereka terpaksa mempertimbangkan untuk berpindah, yang selama ini menjadi matlamat utama dasar penjajahan Israel. Dalam terminologi Zionist, ini dikenali sebagai "pemindahan secara senyap"; yang lain menyebutnya pemindahan paksa.

Mansour Abbas MK cuba mengatasi peningkatan kadar jenayah dengan menyertai kerajaan Bennett-Lapid, tetapi usahanya ternyata sia-sia. Malah, kadar jenayah dilihat meningkat dengan lebih banyak  sejak itu. Sekarang, beliau menawarkan Netanyahu satu perjanjian untuk mengambil alih fail jenayah dalam komuniti Palestin sebagai pertukaran untuk menyertai kerajaannya. Namun, golongan kanan jauh Israel tidak mengiktiraf rakyat Palestin atau mahu mereka memiliki kehadiran politik. Kehadiran Palestin dalam Knesset hanyalah sebagai hiasan, dan penyertaan Abbas dalam kerajaan Bennett-Lapid adalah satu pengecualian disebabkan oleh kelemahan gabungan pemerintahan ketika itu dan keperluan segera untuk bersekutu dengan blok Arab.

Dasar Israel untuk memanjangkan jenayah dalam masyarakat Palestin berkait dengan rancangan yang lebih besar untuk Yahudi-kan demografi negara ini dan memindahkan penduduk Palestin asli dari tanah mereka. Dasar ini tidak terhad kepada wilayah Tebing Barat, di mana penjajahan Israel melakukan pembunuhan dan memberlakukan sekatan ke atas penduduk Palestin, tetapi juga merentasi kepada kumpulan jenayah yang beroperasi dalam komuniti Palestin di dalam negara Israel. Dengan menabur benih kekacauan dan keganasan, kumpulan ini menyumbang kepada usaha kerajaan Israel untuk menggugat masyarakat Palestin dan membuatkan kehidupan tidak aman bagi rakyat Palestin agar mereka terpaksa meninggalkan tanah air mereka sendiri.

 

 

اخترنا لكم

Lembu Merah Israel akan Meletupkan Kawasan Ini

Lembu Merah Israel akan Meletupkan Kawasan Ini

Laporan oleh Hebrew Saluran 12 pada beberapa hari yang lalu telah memberi sorotan terhadap akibat kenaikan Zionisme di Israel, usahanya untuk menjadikannya sebuah negara Yahudi ekstremis agama, dan peningkatan dalam persediaan untuk pembinaan kuil yang didakwa oleh kerajaan Israel ketika ini, bagi mencapai puncaknya adalah untuk mempercepat proses penguasaan Yahudi ke atas Baitul... اقرأ المزيد