Liga Eropah Mengecam Kempen Fitnah Besar oleh Parti Pro-Israel terhadap Ahli Parlimen yang Menyokong Perjuangan Palestin di Itali

Liga Eropah Mengecam Kempen Fitnah Besar oleh Parti Pro-Israel terhadap Ahli Parlimen yang Menyokong Perjuangan Palestin di Itali

"Dalam zaman penipuan ini, menyebarkan kebenaran merupakan sebuah tindakan revolusi," seperti yang dinyatakan oleh George Orwell.

Prinsip asas ini adalah salah satu sebab mengapa kami berdiri untuk menyokong Francesca Albanese, Penyiasat Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk situasi hak asasi manusia di Palestin, dan Stefania Ascari, seorang Timbalan Itali yang dituduh menyokong organisasi-organisasi pengganas.

Sekali lagi, kami mengungkapkan solidariti dan sokongan kami yang teguh menghadapi serangan teruk yang dilancarkan oleh Duta Besar Israel di Itali, yang menuduh Albanese telah mengetuai kempen antarabangsa yang bertujuan untuk mencemarkan martabat Israel.

Tuduhan ini adalah semata-mata berdasarkan fakta bahawa Francesca Albanese, dalam laporannya, telah menyebut berkaitan kebenaran mengenai situasi di Palestin. Di dalam laporan tersebut, Francesca telah menekankan berkaitan pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan, ketidakpedulian terhadap undang-undang antarabangsa, dan juga penindasan yang berlangsung selama puluhan tahun yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Dalam konteks konflik kolonial terpanjang dalam sejarah moden, terdapat "kuasa penjajahan" (sebagaimana ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), iaitu Israel, yang menegaskan haknya untuk kekal wujud sementara mereka masih menafikan hak ini secara adil kepada semua rakyat di kawasan tersebut.

Kebenaran ini jelas dan nyata kepada sesiapa yang bersedia melihatnya.

Selain itu, keberanian Duta Besar tersebut untuk menyerang salah seorang ahli kami, yang juga merupakan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam keadaan dimana tiada ahli parlimen untuk  mengingatkannya akan tanggung jawab diplomatiknya, telah mengeruhkan lagi keadaan ini. 

 

Michele Piras

Presiden Liga Eropah Parlimen untuk Palestin.

Khamis, 1 Jun 2023

 

اخترنا لكم

Liga Eropah Mengecam Kempen Fitnah Besar oleh Parti Pro-Israel terhadap Ahli Parlimen yang Menyokong Perjuangan Palestin di Itali

Liga Eropah Mengecam Kempen Fitnah Besar oleh Parti Pro-Israel terhadap Ahli Parlimen yang Menyokong Perjuangan Palestin di Itali

"Dalam zaman penipuan ini, menyebarkan kebenaran merupakan sebuah tindakan revolusi," seperti yang dinyatakan oleh George Orwell. Prinsip asas ini adalah salah satu sebab mengapa kami berdiri untuk menyokong Francesca Albanese, Penyiasat Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk situasi hak asasi manusia di Palestin, dan Stefania Ascari, seorang Timbalan Itali yang dituduh... اقرأ المزيد