LP4Q Menyatakan Pihak Penjajahan Harus Bertanggungjawab Sepenuhnya Keatas Kematian Syahid Tahanan, Khader Adnan

LP4Q Menyatakan Pihak Penjajahan Harus Bertanggungjawab Sepenuhnya Keatas Kematian Syahid Tahanan, Khader Adnan

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds menyalahkan penjajahan Israel secara penuh keatas kematian syahid tahanan, Khader Adnan, yang puncanya daripada dasar pengabaian perubatan yang disengajakan dan kesinambungan penahanan pentadbirannya walaupun kesihatan beliau telahpun merosot.

Oleh itu, liga ini menyeru untuk memberi tekanan ke atas pihak penjajahan agar menghentikan dasar penahanan pentadbiran yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, di mana negara penjajah tidak mematuhi prinsip-prinsip am atau jaminan-jaminan kehakiman dan prosedur yang adil berkaitan dengan penahanan menurut undang-undang antarabangsa dan juga, Konvensyen Geneva.

Liga ini mengesahkan bahawa dasar ini merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan prinsip-prinsip hak asasi manusia, dan pelanggaran terang-terangan terhadap konvensyen antarabangsa yang paling asas. Tambahan pula,  Konvensyen Geneva Keempat 1949, khususnya Artikel 70 dan 71, yang memerlukan pertimbangan perbicaraan yang adil di mana tertuduh diberitahu dengan jelas dakwaan yang difahaminya dalam bahasa yang difahaminya, menunjukkan alasannya ditangkap, membenarkannya untuk membela diri, yang tidak dikenakan oleh pihak penjajah terhadap tahanan pentadbiran.

Kesimpulannya, liga ini menyeru institusi-institusi antarabangsa dan parlimen untuk mengambil tindakan segera untuk melindungi tahanan di penjara penjajahan Israel daripada semua tindakan arbiteri dan perlakuan tidak berperikemanusiaan, dan untuk mengadili penjajahan atas jenayah-jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

 

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds

Selasa, 02 Mei 2023

 

Khas untuk Anda

LP4Q Menyeru Campur Tangan Segera bagi Menghentikan Jenayah Pendudukan/Penempatan di Kem Jenin

LP4Q Menyeru Campur Tangan Segera bagi Menghentikan Jenayah Pendudukan/Penempatan di Kem Jenin

Kenyataan Media Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds Menyeru untuk Campur Tangan Segera bagi Menghentikan Jenayah Penjajahan di Jenin   Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds memperingatkan tentang akibat daripada tindakan agresif Israel dan jenayah kejam yang dilakukan oleh pasukan penjajahan Israel di kem Jenin di Tebing Barat, yang telah diduduki mereka. Liga ini menyeru... Teruskan Membaca