LP4Q Mengutuk Penahanan Terhadap Ahli Parlimen, Ahmed Attoun oleh Pihak Penjajahan dan Menuntut Pembebasannya

LP4Q Mengutuk Penahanan Terhadap Ahli Parlimen, Ahmed Attoun oleh Pihak Penjajahan dan Menuntut Pembebasannya

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds mengutuk penahanan yang dilakukan oleh pasukan penjajahan Israel terhadap Ahmed Attoun, seorang ahli Majlis Undangan Palestin yang mewakili bandar Al-Quds, dalam satu serbuan di rumahnya. 

Liga ini menegaskan bahawa penahanan ini merupakan pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang - undang, perjanjian antarabangsa, prinsip-prinsip hak asasi manusia, dan imuniti parlimen yang sewajarnya diberikan kepada wakil-wakil rakyat. Selain itu, tindakan penahanan tersebut juga disaksikan sebagai sebuah tindakan yang tidak berasaskan sebarang justifikasi undang-undang. Akan tetapi, tindakan tersebut merupakan satu tindakan yang dilaksanakan berdasarkan keputusan yang berunsurkan politik. Tahanan tersebut dilihat sebagai satu langkah untuk membatasi peranan wakil-wakil rakyat dalam menghadapi jenayah penjajahan, dan untuk menghalang mereka daripada mengambil bahagian dalam kehidupan politik.

Liga ini turut menggesa ahli-ahlinya, parlimen antarabangsa, dan organisasi berkaitan untuk memberikan tekanan ke atas pihak penjajahan untuk memaksa mereka mematuhi komitmen undang-undang dan menghentikan pelanggaran terhadap hak wakil-wakil rakyat Palestin dan pemimpin politik.

 

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds

Jumaat, 5 Mei 2023

 

Khas untuk Anda

LP4Q Mengutuk Sekeras-kerasnya terhadap Tindakan Agresif Pencerobohan yang Dilakukan oleh Pendudukan Israel di Semenanjung Gaza

LP4Q Mengutuk Sekeras-kerasnya terhadap Tindakan Agresif Pencerobohan yang Dilakukan oleh Pendudukan Israel di Semenanjung Gaza

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds mengutuk dengan tegas penjajahan yang dilakukan oleh Israel terhadap Jalur Gaza yang turut melibatkan tragedi pembunuhan beramai-ramai terhadap kanak-kanak dan warga awam. Liga ini menekankan bahawa agresi kejam ini mencerminkan sifat penjajahan dan merupakan satu kecaman terhadap resolusi dan undang-undang antarabangsa. Tambahan pula, pihak antarabangsa... Teruskan Membaca