LP4Q Mengutuk Sekeras-kerasnya terhadap Tindakan Agresif Pencerobohan yang Dilakukan oleh Pendudukan Israel di Semenanjung Gaza

LP4Q Mengutuk Sekeras-kerasnya terhadap Tindakan Agresif Pencerobohan yang Dilakukan oleh Pendudukan Israel di Semenanjung Gaza

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds mengutuk dengan tegas penjajahan yang dilakukan oleh Israel terhadap Jalur Gaza yang turut melibatkan tragedi pembunuhan beramai-ramai terhadap kanak-kanak dan warga awam.

Liga ini menekankan bahawa agresi kejam ini mencerminkan sifat penjajahan dan merupakan satu kecaman terhadap resolusi dan undang-undang antarabangsa. Tambahan pula, pihak antarabangsa memilih untuk terus berdiam diri dan tidak memberi kepentingan untuk menghukum jenayah yang telah berulang ini dan membiarkan pelakunya untuk terus bebas sehingga ke hari ini.  

Liga ini juga merasa sedih dengan sikap tidak endah pihak antarabangsa yang kekal berdiam diri dalam menyaksikan tragedi pembunuhan beramai-ramai ini, sekaligus memberi isyarat kepada penjajah tersebut untuk terus dengan kegiatan pembunuhan terhadap rakyat Palestin dan perlanggaran terhadap undang-undang antarabangsa. 

Dengan ini, liga ini menyeru pihak parlimen dan komuniti antarabangsa untuk bersama-sama mengambil tindakan segera untuk menghentikan perlakuan terkutuk ini, serta menuntut pihak Israel untuk bertanggungjawab terhadap serangan kejam yang telah dilakukan oleh mereka. Kerjasama dari pihak komuniti antarabangsa adalah amat penting untuk menghentikan aktiviti pelanggaran terhadap hak asasi rakyat Palestin dan juga membawa pelaku yang bertanggungjawab ke mahkamah antarabangsa. 

 

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds.

Rabu, 10 Mei 2023

 

Khas untuk Anda

LP4Q Menggesa Agar Ahli Parlimen Jordan yang Dipenjarakan, Imad Al-Adwan Dibebaskan Segera

LP4Q Menggesa Agar Ahli Parlimen Jordan yang Dipenjarakan, Imad Al-Adwan Dibebaskan Segera

Liga Ahli Parlimen Al-Quds menggesa agar timbalan dan bekas ahli Jawatankuasa Palestin di Parlimen Jordan, Imad Al-Adwan yang telah ditahan oleh anggota pendudukan Israel, dibebaskan serta-merta dan dengan segera. Liga menekankan bahawa pendudukan Israel tidak boleh bersikap berat sebelah dalam mengeluarkan tuduhan dan perbicaraan, sepertimana yang dilakukan terhadap Imad Al-Adwan, yang tidak... Teruskan Membaca