LP4Q Menyeru Komuniti Antarabangsa untuk Menamatkan Penderitaan Rakyat Palestin

Dalam Mengenang Peristiwa Nakba

 LP4Q Menyeru Komuniti Antarabangsa untuk Menamatkan Penderitaan Rakyat Palestin

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds menitikberatkan bahawa sambutan ulang tahun ke-75 Nakba Palestin mengingatkan kita tentang pembersihan etnik yang terbesar yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Keadaan tersebut telah menyebabkan rakyat Palestin diusir secara terang-terangan sehingga menjadi krisis pelarian yang terlama di dunia. 

Liga ini turut menekankan bahawa Nakba Palestin masih berterusan hingga hari ini melalui terusan dasar penempatan kaum Yahudi, berlakunya pencurian tanah, dan amalan keganasan terhadap rakyat Palestin, yang masih menanti keadilan daripada semua pihak.

Liga ini menyeru komuniti antarabangsa pada ulang tahun kali ini untuk memikul tanggungjawab bersama dalam menghentikan penderitaan yang berterusan ini. Bukan itu sahaja malah untuk merealisasikan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan dengan rakyat Palestin, terutamanya hak mereka untuk menentukan nasib sendiri dan menubuhkan negara mereka yang merdeka di bawah Resolusi 181 dan Resolusi 194, yang menjamin hak pemulangan dan pampasan, dan untuk mendakwa pendudukan atas jenayahnya, termasuk jenayah apartheid yang telah disahkan oleh banyak organisasi hak asasi manusia antarabangsa.

 

Liga Parlimen untuk Al-Quds 

Isnin, 15 Mei 2023

 

Khas untuk Anda

LP4Q Mengutuk Kunjungan Penceramah Knesset Israel ke Morocco dan Menyeru Penguduran untuk Langkah Sedemikian

LP4Q Mengutuk Kunjungan Penceramah Knesset Israel ke Morocco dan Menyeru Penguduran untuk Langkah Sedemikian

Liga Parlimen untuk Al-Quds mengutuk kunjungan penceramah Knesset Israel, Amir Ohana ke negara Morocco dan penandatangan memorandum berkaitan persefahaman bagi mengukuhkan urusan parlimen dengan penceramah Dewan Perwakilan Rakyat Morocco.  Liga ini mengesahkan bahawa lawatan tersebut merupakan hasil daripada kesilapan pencaturan politik yang telah membahayakan lagi konflik Palestin.... Teruskan Membaca