LP4Q Mengutuk Kunjungan Penceramah Knesset Israel ke Morocco dan Menyeru Penguduran untuk Langkah Sedemikian

LP4Q Mengutuk Kunjungan Penceramah Knesset Israel ke Morocco dan Menyeru Penguduran untuk Langkah Sedemikian

Liga Parlimen untuk Al-Quds mengutuk kunjungan penceramah Knesset Israel, Amir Ohana ke negara Morocco dan penandatangan memorandum berkaitan persefahaman bagi mengukuhkan urusan parlimen dengan penceramah Dewan Perwakilan Rakyat Morocco. 

Liga ini mengesahkan bahawa lawatan tersebut merupakan hasil daripada kesilapan pencaturan politik yang telah membahayakan lagi konflik Palestin. Tambahan pula, lawatan tersebut terjadi sewaktu keamanan di penempatan bandar Jerusalem merosot kepada tahap yang tidak pernah terjadi sebelum ini, dimana tahap serangan dan gangguan ke dalam Masjid Al-Aqsa, dan percubaan yang semakin meningkat untuk mensasarkan bahagian masa dan ruang di Al-Aqsa.

Liga inj juga menjelaskan bahawa Morocco, yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Al-Quds dan juga mempunyai misi untuk melindungi bandar suci itu, sepatutnya menghadapi rancangan pihak pendudukan dan percubaan Israel untuk menghapuskan ciri Arab dan Islam Jerusalem, terutamanya di bawah kerajaan Israel yang paling radikal dalam sejarah pendudukan.

Pada masa yang sama, liga ini memuji kedudukan parlimen, kesatuan perdagangan, dan rakyat Morocco yang menolak perkembangan hubungan dengan pendudukan, dan ia juga menyeru negara Morocco untuk menarik balik langkah-langkah ini, yang akan merosakkan imej dan status Morocco, dan mengambil sikap yang teguh dan jelas terhadap pendudukan serta mengenai boikot terhadapnya kerana tekanan adalah satu-satunya cara untuk mencapai hak Palestin, Arab, dan Islam di Jerusalem, terutamanya kerana pendudukan tidak mematuhi resolusi PBB dan sengaja menentang institusi antarabangsa dan mengabaikan keputusan mereka.

 

Liga Parlimen untuk Al-Quds

Ahad, 11 Jun 2023

 

 

Khas untuk Anda

LP4Q Menyatakan Pihak Penjajahan Harus Bertanggungjawab Sepenuhnya Keatas Kematian Syahid Tahanan, Khader Adnan

LP4Q Menyatakan Pihak Penjajahan Harus Bertanggungjawab Sepenuhnya Keatas Kematian Syahid Tahanan, Khader Adnan

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds menyalahkan penjajahan Israel secara penuh keatas kematian syahid tahanan, Khader Adnan, yang puncanya daripada dasar pengabaian perubatan yang disengajakan dan kesinambungan penahanan pentadbirannya walaupun kesihatan beliau telahpun merosot. Oleh itu, liga ini menyeru untuk memberi tekanan ke atas pihak penjajahan agar menghentikan dasar penahanan pentadbiran... Teruskan Membaca