LP4Q Memberi Amaran Mengenai Bahayanya Apabila Pihak Antarabangsa Mengabaikan Jenayah Penempatan di Tebing Barat yang Diduduki

LP4Q Memberi Amaran Mengenai Bahayanya Apabila Pihak Antarabangsa Mengabaikan Jenayah Penempatan di Tebing Barat yang Diduduki

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds kondem sekerasnya terhadap jenayah dan serangan yang dilakukan oleh penempatan di Tebing Barat terhadap rakyat Palestin dan juga rumah, harta benda, dan tanah mereka, yang dilakukan di bawah perlindungan, sokongan, dan galakan kerajaan pendudukan Israel yang ekstremis.

Liga ini menekankan bahawa dunia dikehendaki mengambil langkah-langkah yang serius dan bergiat aktif untuk membongkar penempatan di Tebing Barat dan menubuhkan negara Palestin pada sempadan tahun 1967, seperti yang ditetapkan dalam Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan perjanjian antarabangsa.

Liga ini menegaskan bahawa reaksi antarabangsa terhadap serangan mereka tidak sepadan dengan tahap jenayah yang dilakukan, dan menggalak kerajaan pendudukan untuk mempercepatkan kehadiran penempatan kolonial  haram, yang termasuk dalam rangka penggabungan Tebing Barat, sehingga menguburkannya dalam skema penempatan dan mengubah kawasan Palestin menjadi pulau-pulau yang terasing dan berselerak secara geografi. Ini adalah untuk menghapuskan sebarang peluang untuk melaksanakan prinsip penyelesaian 'antara dua-negara' dan resolusi sah antarabangsa serta penubuhan negara Palestin.

Liga ini juga menjelaskan bahawa serangan dan jenayah berterusan sejak Nakba dan pendudukan wilayah Palestin pada tahun 1967 ini telah bergerak ke tahap keganasan yang baru dimana ia dalam keadaan ketidakhirauan dunia yang akan mendorong kepada peningkatan keganasan di rantau ini dan mengancam kepada tercetusnya perang serantau yang baru.

 

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds

Ahad, 25 Jun 2023

 

Khas untuk Anda

LP4Q Mengutuk Kunjungan Penceramah Knesset Israel ke Morocco dan Menyeru Penguduran untuk Langkah Sedemikian

LP4Q Mengutuk Kunjungan Penceramah Knesset Israel ke Morocco dan Menyeru Penguduran untuk Langkah Sedemikian

Liga Parlimen untuk Al-Quds mengutuk kunjungan penceramah Knesset Israel, Amir Ohana ke negara Morocco dan penandatangan memorandum berkaitan persefahaman bagi mengukuhkan urusan parlimen dengan penceramah Dewan Perwakilan Rakyat Morocco.  Liga ini mengesahkan bahawa lawatan tersebut merupakan hasil daripada kesilapan pencaturan politik yang telah membahayakan lagi konflik Palestin.... Teruskan Membaca