LP4Q Menyeru Campur Tangan Segera bagi Menghentikan Jenayah Pendudukan/Penempatan di Kem Jenin

LP4Q Menyeru Campur Tangan Segera bagi Menghentikan Jenayah Pendudukan/Penempatan di Kem Jenin

Kenyataan Media

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds Menyeru untuk Campur Tangan Segera bagi Menghentikan Jenayah Penjajahan di Jenin

 

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds memperingatkan tentang akibat daripada tindakan agresif Israel dan jenayah kejam yang dilakukan oleh pasukan penjajahan Israel di kem Jenin di Tebing Barat, yang telah diduduki mereka.

Liga ini menyeru parlimen-parlimen dunia dan komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan segera untuk menghentikan perbuatan agresif yang berterusan ini terhadap rakyat Palestin dan melindungi mereka daripada serangan berulang yang juga merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan serta tanggungjawab "Israel" sebagai kuasa penjajah.

Liga ini menekankan kepentingan untuk menuntut liabliti penjajahan haram ini dalam forum antarabangsa ke atas jenayahnya, dan mengakhiri penjajahan itu dengan serta-merta. Selain daripada telah menjadi punca keganasan di rantau ini, tindakan ini juga akan sedikit sebanyak membantu membawa keadaan ini keluar daripada keheningan yang secara tidak langsung telah menggalakkan lagi serangan dan jenayah terhadap rakyat Palestin, tanah air mereka, serta tempat-tempat sucinya.

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds

Selasa 04 Julai,  2023

 

Khas untuk Anda

Kenyataan Akhir Persidangan Kelima Liga Ahli Parlimen al-Quds dan Palestin

Kenyataan Akhir Persidangan Kelima Liga Ahli Parlimen al-Quds dan Palestin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Kenyataan Akhir Persidangan Kelima Liga Ahli Parlimen al-Quds dan Palestin   Di hadapan H.E. Presiden Republik Türkiye Recep Tayyip Erdoğan, semoga Allah melindunginya, dan di bawah naungan Speaker Parlimen Turki Prof. Numan Kurtulmuş, persidangan kelima LP4Q 'Kebebasan dan Kemerdekaan untuk Palestin' telah... Teruskan Membaca