“Presiden Liga Parlimen untuk Palestin Bahagian Eropah Melawat Jerman Bagi Tujuan untuk Memupuk Kerjasama”

“Presiden Liga Parlimen untuk Palestin Bahagian Eropah Melawat Jerman Bagi Tujuan untuk Memupuk Kerjasama”

Pada 23 Jun, Michele Piras, Presiden Liga Parlimen untuk Palestin di Eropah, memulakan misi ke Jerman sebagai sebahagian daripada usahanya yang berterusan untuk membina rangkaian yang kukuh di Eropah. Dalam lawatan ringkasnya, Piras mengadakan pertemuan penting dengan Encik Shir Ever, seorang profesor universiti di Heidelberg dan koordinator BDS kempennya di Jerman, untuk membincangkan situasi yang mencabar di Jerman dan meneroka peluang untuk bekerjasama.

Pertemuan tersebut merangkumi beberapa perkara yang penting seperti syarat-syarat kerja yang sukar dan perlu dihadapi oleh ahli Parlimen pro-Palestin dan aktivis di Jerman. Selain itu, terdapat juga isu seperti peningkatan drastik terhadap kempen yang berunsur diskriminatif dan juga keperluan hubungan antarabangsa yang mendesak untuk mencapai hasil yang lebih jelas. Encik Ever merupakan seorang yang datang dengan latar belakang yang menarik, berkongsi kisah peribadi berkenaan dirinya yang merupakan anak kelahiran Jerusalem dan telah meninggalkan “Israel” kerana beliau membantah dengan sekeras-keranya penjajahan yang telah dibuat dan juga dasar-dasar apartheid yang sedang dilaksanakan. 

Dalam perbincangan tersebut, satu topik sensitif telah diketengahkan iaitu berkaitan warisan Eurosentrik yang masih mempengaruhi pihak pro-Palestin demokratik dan progresif. Menurut Michele Piras “Ia sememangnya merupakan satu cabaran yang signifikan dan juga memerlukan usaha, dan kesabaran yang banyak untuk mengubah pendekatan budaya ini. Tambahan pula, warga Palestin juga harus terus tegas dalam menyatakan hak asasi mereka yang berperanan penting untuk menentukan nasib sendiri”

Seterusnya, “Dasar Dua Negara” juga merupakan satu topik penting yang menjadi satu fokus dalam pertemuan kali ini. Dasar ideal ini merupakan satu dasar yang dihargai oleh banyak ahli parlimen Eropah namun pada perbincangan ini, ianya diakui sebagai satu dasar yang tidak praktikal kerana penjajahan di Palestin masih lagi diteruskan selain dari masalah sikap kerajaan Israel yang memainkan sentimen agama dalam perjuangan mereka. 

Encik Shir Ever turut menyatakan kesanggupannya untuk memulakan usaha kerjasama di Jerman dengan memanfaatkan rangkaiannya untuk menggerakkan ahli parlimen yang benar-benar komited untuk menangani isu Palestin. Ini merupakan langkah yang amat besar terutamanya apabila dilaksanakan di negara yang pada zahirnya dipengaruhi dengan pelbagai sejarah tersendiri sebagai contoh, Holocaust yang tragis. Selain itu, Jerman juga dipengaruhi oleh tekanan dari pihak Israel yang telah menimbulkan keraguan kepada Jerman untuk terus melibatkan diri dalam sebarang perkara berkaitan Palestin. 

Perjalanan dalam mencapai penyelesaian yang adil dan saksama untuk Palestin memang pada hakikatnya memerlukan ketabahan yang tinggi, pelbagai dialog terbuka dan juga kerjasama dari pihak yang banyak. Melalui usaha berterusan untuk membina perkongsian, Liga Parlimen untuk Palestin turut berusaha untuk bergerak melampaui sempadan antarabangsa dan memastikan bahawa penderitaan rakyat Palestin diberi perhatian dan sokongan yang sepatutnya dari semua pihak. 

Sebagai Presiden Liga Parlimen di Palestin di Bahagian Eropah, adalah penting untuk beliau meneruskan misinya di seluruh Eropah dan berganding bahu bersama ahli parlimen Eropah yang lain untuk bersatu serta komited dalam isu Palestin yang semakin hari semakin merisaukan ini. Melalui usaha bersama seperti ini, Liga ini dapat juga menentang isu status quo, menggerakkan penekanan untuk keadilan yang akhirnya akan dapat membawa transformasi positif bagi rakyat Palestin dalam usaha mereka untuk menentukan nasib sendiri dan hak asasi manusia. 

Selain daripada perbincangan yang telah disebutkan di atas, isu kerjasama ketenteraan antara Israel dan negara-negara Eropah turut juga dibincangkan. Fokus perbincangan tidak terhadap kepada isu berkaitan isu latihan ketenteraan tetapi juga merangkumi teknologi pesawat pengitop yang telah digunakan terhadap rakyat Palestin dan dijual di Eropah. 

Keterlibatan negara-negara Eropah dalam kerjasama ketenteraan seperti ini telah menghasilkan dinamik yang kompleks dan penuh kontroversi antara orang Eropah dan Palestin. Kekhawatiran yang masih berterusan bahawa sistem senjata yang tidak berperikemanusain ini boleh digunakan di dalam Eropah dan seterusnya mencipta syak wasangka terhadap penggunaan dan kesan terhadap mereka.

 

Khas untuk Anda

El domingo, la Liga de Parlamentarios por Al-Quds concluyó las actividades de su quinta conferencia parlamentaria internacional, 'Libertad e Independencia para Palestina', celebrada bajo los auspicios del Parlamento turco en Estambul.

El domingo, la Liga de Parlamentarios por Al-Quds concluyó las actividades de su quinta conferencia parlamentaria internacional, 'Libertad e Independencia para Palestina', celebrada bajo los auspicios del Parlamento turco en Estambul.

A la conferencia de tres días asistieron el presidente turco, Recep Tayyip Erdoğan, el presidente del Parlamento turco, el profesor Numan Kurtulmuş, más de 700 parlamentarios de 80 países y figuras oficiales, internacionales y turcas. En la declaración final de la conferencia, LP4Q pidió el establecimiento de una iniciativa legal internacional apoyada por... Teruskan Membaca