LP4Q menganjurkan simposium parlimen untuk meningkatkan sokongan negara-negara Asia untuk perjuangan Palestin

Ia menggesa penubuhan barisan parlimen Asia untuk menjenayahkan normalisasi tersebut

LP4Q menganjurkan simposium parlimen untuk meningkatkan sokongan negara-negara Asia untuk perjuangan Palestin

Liga Ahli Parlimen Al-Quds telah menganjurkan seminar parlimen secara atas talian yang bertajuk "MENYATUKAN SUARA: MEMPERKASA ISU PALESTIN - PERANAN NEGARA ASIA DALAM MENINGKATKAN KEPRIHATIAN GLOBAL" pada hari Khamis, 31 Ogos. 

Seminar ini turut dihadiri oleh MP Dr. Ahmed Bahr (Pemangku Speaker Majlis Perundangan Palestin), Dr. Mohammad Makram Balawi (Ketua Pengarah Liga Parlimen Al-Quds), MP Syed Ibrahim (Pengerusi Jawatankuasa Palestin di Malaysia Parlimen dan Ketua Liga Serantau di Asia Timur),  MP Dr Sukamta (Ahli Parlimen Indonesia),  dan akhir sekali,  MP Saud Hussein (Ahli Parlimen Maldives). 

Semasa ucapan perasmian seminar ini, Balawi menekankan bahawa Liga ini berfungsi sebagai entiti yang merentasi benua untuk menyampaikan mesej berkaitan Palestin. Beliau menjelaskan bahawa Liga ini merupakan pertubuhan antarabangsa yang bukan hanya menyokong Palestin, tetapi peranannya juga adalah untuk menyokong rakyat Palestin dalam mencapai hak sah mereka di samping menghormati hak mereka untuk menyatakan pendirian dan pendapat mereka.

Beliau juga menekankan berkenaan aktiviti penting Liga di Eropah, di mana ia menyokong perjuangan Palestin melalui usaha parlimen, undang-undang, dan usaha buruh, di samping kehadirannya di negara dan benua lain.

Tambahan pula, Bahr menggesa penubuhan barisan parlimen bersatu untuk menyokong Jerusalem yang telah diduduki dan Masjid Al-Aqsa yang dirahmati, yang mampu menghadapi cabaran berbahaya semasa dan berusaha untuk mendedahkan dan mengasingkan pendudukan dalam forum dan organisasi antarabangsa. Beliau berkata bahawa Majlis Perundangan bergantung pada usaha parlimen Arab dan Islam dan juga dunia bebas untuk menghadapi dan menghalang dasar fasis, undang-undang perkauman, dan jenayah berterusan yang dilakukan oleh pendudukan terhadap rakyat Palestin, termasuk sekali kawasan suci dan tanah mereka.

Beliau menyatakan harapannya terhadap parlimen yang akan memberikan tekanan kepada kerajaan mereka untuk memenuhi peranan politik dan undang-undang mereka dalam forum antarabangsa dan berusaha untuk memaksa kerajaan pendudukan fasis untuk mematuhi perjanjian antarabangsa, undang-undang dan prinsip kemanusiaan. Beliau menyeru agar ia bertanggungjawab ke atas jenayah yang berterusan terhadap rakyat Palestin dan mendakwa pemimpin pendudukan sebagai penjenayah perang di hadapan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, memberi amaran terhadap rancangan kerajaan pendudukan dan kumpulan peneroka untuk judaisasikan Masjid Al-Aqsa dan menggabungkan Tebing Barat. 

Bahr juga menekankan keperluan untuk mengambil tindakan untuk menarik balik kepungan yang menindas di Semenanjung Gaza, yang telah berlangsung selama hampir tujuh belas tahun, yang bersifat jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai terhadap kemanusiaan. Beliau menyeru ahli parlimen untuk melawat Semenanjung Gaza dan menyaksikan sendiri sejauh mana jenayah pendudukan itu.

Ketika giliran MP Syed Ibrahim untuk menyampaikan ucapannya, beliau menegaskan bahawa kemerdekaan sebenar - negara Arab dan Islam sebenarnya terletak kepada kebersediaan untuk membantu rakyat Palestin mencapai kebebasan dan kemerdekaan mereka dari pendudukan. Beliau turut menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk terus bekerjasama dalam mengkategorikan pendudukan ini sebagai negara aparteid. Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa Malaysia, pada hari ini, masih lagi berusaha untuk memperkasakan pengaruh dalam membantu Palestin melalui hubungan antarabangsa bersama organisasi antarabangsa. 

Tambahan lagi, Ibrahim juga ada menekankan sikap tidak endah terhadap isu Palestin seolah-olah memberi lampu hijau kepada jenayah pendudukan untuk diteruskan terhadap Palestin. Syed Ibrahim juga menekankan bahawa pihaknya, parlimen negara Malaysia, pihak kerajaan Malaysia dan juga rakyat Malaysia sendiri menolak dengan sekeras-kerasnya normalisasi terhadap perkara ini. 

Beliau juga ada menjelaskan bahawa LP4Q sedang giat berusaha untuk menubuhkan persatuan parlimen di serantau Asia dan juga bercita-cita untuk menubuhkan satu kesatuan Asia untuk Palestin dalam masa terdekat ini. Beliau turut menyeru parlimen-parlimen Arab dan Islam untuk menggubal undang-undang yang mengharamkan normalisasi terhadap jenayah pendudukan dan meneruskan sokongan terhadap isu Palestin.

MP Sukamta, dalam ucapannya, menyeru komuniti antarabangsa untuk meningkatkan solidariti dan sokongan bagi perjuangan Palestin serta usaha bersama untuk mencapai matlamat tersebut. Beliau turut menekankan perlunya pengaktifan alat-alat diplomasi dan hubungan antara negara-negara Arab dan Islam, serta negara-negara lain di seluruh dunia, terutamanya negara-negara Asia bagi mencapai kerjasama efektif untuk meningkatkan kesedaran tentang isu Palestin, menghadapi naratif penjajahan, dan juga mendedahkan jenayah mereka.

Beliau turut menekankan bahawa negara-negara Asia perlu bersatu dalam sokongan mereka terhadap isu Palestin dan penolakan normalisasi dengan pihak penjajahan. Beliau menggesa untuk melancarkan sebuah gerakan diplomatik Asia yang bersatu untuk menyokong isu Palestin dalam pelbagai sektor seperti forum serantau dan juga antarabangsa.

Sehubungan itu, MP Saud Hussein juga menggesa komuniti antarabangsa untuk mengekalkan pendirian mereka yang menolak pengiktirafan "Israel" bagi mengukuhkan inisiatif yang menyokong isu Palestin di semua peringkat. Beliau mendesak untuk mengekalkan tekanan bagi memutuskan hubungan dengan pihak penjajahan serta mengasingkan isu tersebut secara politik dan ekonomi. Beliau juga membincangkan bagaimana perdamaian di Timur Tengah dan kawasan itu akan bermula dengan mengakhiri penjajahan serta menghentikan semua kerjasama dan urusan dengan pihak tersebut.

Hussein mengkritik piawai Barat yang bersifat dwi-pegang dan kegagalan persatuan antarabangsa untuk mengecam keganasan pihak penjajahan serta penggalakan usaha untuk menghentikan kekejaman yang berlaku. Beliau menegaskan akan keperluan untuk meningkatkan perbincangan media rasmi yang menyokong rakyat Palestin dan menolak penjajahan, sama ada di Asia atau di peringkat global.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan menekankan keperluan peranan yang lebih besar bagi negara-negara Islam dalam isu Palestin dan usaha antarabangsa bagi menyokong rakyat Palestin, serta menegakkan hak mereka, dan juga mengakhiri penjajahan.

 

Khas untuk Anda

LP4Q Mengadakan Simposium Politik Mengenai Kesan Politik Perang ke atas Gaza

LP4Q Mengadakan Simposium Politik Mengenai Kesan Politik Perang ke atas Gaza

LP4Q mengadakan simposium politik pada hari Ahad yang membincangkan latar belakang Palestin semasa, sebagai sebahagian daripada aktiviti hari ketiga persidangan kelima Liga, dengan penyertaan tokoh politik dan intelektual. Penganalisis politik dan Pengarah Pusat Visi Pembangunan Politik Ahmed Atawneh berkata bahawa Pertempuran Taufan Al-Aqsa akan membawa kesan yang mendalam dan strategik yang... Teruskan Membaca